Kau Yang Bukan Cinta Semusim


Kau yang bukan hanya untuk cinta semusim
Kenangan di penghujung Ramadan lalu
Jadi suatu iktibar sangat besar buatku
Betapa nilai sekeping sejadah yang terhampar
Dan sebuah buku yang dituduh sebagai rekaan Muhammad
Kalu tinggal menjadi hamparan buruk
Atau buku nota yang reput hilang tintanya
Maka sudikah lagi Kau singkap tabir langsirmu
Menjeling perindu yang kesungkuran ini

Kau yang bukan hanya untuk cinta semusim
Aku lupa atau aku buat tak tahu bahawa
Kau rupanya selalu melihati olah olehku
Dalam keadaan begini

Ampun dan maafkanlah aku wahai

Kau yang bukan hanya untuk cinta semusim

Artikel Terkait

Kau Yang Bukan Cinta Semusim
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email

Komentar sahabat Akan menjadi Inspirasi Bagiku